Pages

About

Sunday, 10 March 2013

BELAJAR & BERSERONOK DENGAN PERMAINAN BAHASA ARAB


Permainan Kotak Rahsia 

Objektif Permainan: Melatih keberanian murid dalam menyebut atau menjawab soalan. 

Bahan: Kotak, radio (sumber muzik), lipatan kertas yang mengandungi soalan. 

Cara bermain: Secara kumpulan/Kelas. 

Langkah-langkah: 

1. Permainan ini boleh melibatkan semua murid dalam satu kumpulan. 
2. Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Murid akan meyerahkan kotak 
tersebut kepada rakan sebelahnya dan begitulah seterusnya. 
3. Apabila muzik dihentikan, murid yang terakhir yang sedang memegang kotak itu akan 
didenda. 
4. Murid yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil lipatan kertas yang 
mengandungi soalan (denda), murid dikehendaki membaca denda itu dengan kuat. 
5. Murid yang didenda akan melakonkan / menjawab soalan seperti arahan dalam kertas tadi. 
6. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula. 
7. Seperti pusingan pertama, apabila muzik diberhentikan, murid terakhir yang 
memegang kotak itu akan dikenakan denda mengikut arahan yang terdapat pada 
lipatan kertas yang terdapat di dalam kotak tersebut. 


Pemainan Telefon Rosak 

Objektif: Membolehkan murid menghafal beberapa ungkapan tertentu dan 
menyampaikannya kepada rakan dengan tepat. 

Bahan: Kad yang mengandungi ayat tertentu. 

Cara bermain: Berkumpulan. 

Langkah-langkah: 

1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 
bilangan ahli yang sama. 
2. Anda perlu menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap 
kumpulan. 
3. Ketua kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau ayat yang 
perlu diingati. 
4. Ketua kumpulan tersebut 
5. Ketua kumpulan perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu kepada orang 
kedua dan orang kedua pula membisikkan kepada orang ketiga dan seterusnya 
kepada orang terakhir. 
6. Murid terakhir akan menyampaikan maklumat yang didengari melalui bisikan 
tersebut. 
7. Laporan maklumat@ungkapan kumpulan yang tepat akan dianggap pemenang. 


Permainan Teka Lakonan 

Objektif: Melatih murid-murid berfikir dan berimaginasi dengan baik
 
Bahan: Kertas arahan (sampul) 

Cara bermain: Kelas/berkumpulan 

Langkah-langkah: 

1. Murid duduk di tempat masing-masing. 
2. Guru perlu membuat satu lakonan. 
3. Murid diminta meneka apa yang dilakonkan oleh guru. 
4. Kemudian guru perlu memilih seorang murid membuat lakonan berdasarkan 
arahan dalam sampul yang dipilih. 
5. Murid lain diminta meneka lakonan tersebut. 
6. Seterusnya guru boleh melakukannya berdasarkan perlawanan kumpulan. 
Kumpulan lawan akan meneka lakonan wakil kumpulan lain. 
7. Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka. 


Permainan Membentuk Perkataan 

Objektif: Supaya murid mahir membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang diberi. 

Bahan: Kad yang mengandungi huruf tertentu. 

Cara bermain: Berkumpulan 

Langkah-langkah: 

1. Setiap kumpulan murid diberi senarai perkataan yang tidak betul susunan ejaannya. 
2. Mereka dikehendaki menyusun huruf-huruf yang diberi supaya membentuk 
perkataan yang betul ejaannya. 
3. Setiap soalan diberi peruntukan masa yang tertentu. 





0 comments:

Post a Comment